[Trending Now] 'Tolong Bersihkan Nama Saya'
KAJANG - Pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi, 42, yang ditahan bagi membantu kes penculikan budak lelaki berusia lima tahun berkata, penahanannya memalukan keluarga.
Menurutnya, dia hanya seorang pemandu teksi dan tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam kes tersebut.
“Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya,” rayunya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dibebaskan selepas ditahan seminggu bagi siasatan lanjut berhubung kes itu, semalam.
Hanizan yang mengenakan baju biru dan berseluar jeans kelihatan keletihan ketika dibawa beberapa anggota polis ke dalam pejabat pentadbiran bagi menyelesaikan beberapa dokumen sebelum dibawa keluar menemui ahli keluarganya di lobi mahkamah.
Bapa kanak-kanak yang diculik, Lee Kim Wen turut hadir untuk menemui Hanizan.
Mereka kemudian dilihat berjabat tangan dan berpeluk erat, namun bapa mangsa enggan ditemu bual media.
Difahamkan, bapa kanak-kanak itu hadir bagi mengucapkan penghargaan atas tindakan pemandu teksi itu membawa pulang anaknya dengan selamat.
Dalam pada itu, ketika ditemui, Hanizan berkata, dia tidak menyesal membantu masyarakat walaupun pada mulanya dia turut disyaki menjadi suspek kes culik itu.
Katanya, kesilapan yang dilakukannya adalah tidak membuat laporan polis berhubung kes itu selepas dia menemui kanak-kanak berkenaan.
“Alhamdulillah... saya bebas dan terima kasih kepada pihak polis yang melayan saya dengan baik sepanjang tempoh siasatan kes ini,” katanya.
Sebelum itu, di lobi mahkamah, berlaku sedikit ketegangan apabila seorang ahli keluarga Hanizan meminta penjelasan daripada bapa mangsa berhubung tindakan Hanizan menyelamatkan anaknya.
“Abang saya selamatkan anak kamu, apa dia dapat,” kata lelaki itu, tetapi dia kemudiannya ditenteramkan beberapa ahli keluarga yang lain.
Sebelum itu, seorang ahli perniagaan dan dua pekerjanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang terhadap pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Siow Kek Keong, 44; Mohd Saiful Amri Jarkasi, 28; dan warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32, di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menahan dan mengurung secara tidak sah kanak-kanak berusia lima tahun itu, untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.
Kesalahan itu didakwa berlaku di tepi Jalan Seroja, bersebelahan rumah No 40 Taman Setia, Sungai Chua di sini, jam 9.26 pagi 9 Oktober lalu.
Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes itu.

--
Posted By Blogger to Trending Now at 10/17/2015 01:37:00 PM
0 comments:
Post a Comment