[Trending Now] Abang "Sado" Paling Lawak Ditemui Di Brazil!



Abad ke-21 ini aktiviti membina badan menjadi “trend” gara-gara mahukan bentuk badan idaman yang dianggap seksi bagi kaum wanita.
Apabila wanita mengilai lelaki berbadan “sado”, lelaki lain pula yang mencemburui dan mahukan badan ala-ala “sado” itu juga.
Salah seorangnya ialah lelaki dari Brazil, Arlindo Anomalia.
Beliau yang amat mencemburui lelaki “bina badan” mengambil jalan pantas dengan hanya menyuntik syntol ke dalam lengan beliau untuk kelihatan “sado”.
10015165_715158935203736_429838274_n_01
10015165_715158935203736_429838274_n_02
Arlindo turut mengaku terpaksa melakukan suntikan kerana malas melakukan senaman dan proses membina badan mengambil masa yang lama.
Namun sedihnya, beliau kelihatan seperti watak kartun yang mempunyai badan yang lawak.
Alahai, abang bukan nampak sado nampak sadis pula!-


--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/17/2015 11:05:00 AM

[Trending Now] Wanita Sewel Sanggup Bogel Depan 100,000 Penonton Di Stadium


MELBOURNE – Sewel dan menjijikkan….itu gelaran yang diberikan oleh orang ramai terhadap seorang model yang sanggup berbogel di hadapan kira-kira 100,000 penonton di stadium ketika perlawanan kriket AFL Grand Final diadakan.
Wanita itu, Heather McCartney,26, berbuat demikian selepas pasukannya Hawthorn menewaskan Sydney Swans.
Tanpa rasa malu, dia menanggalkan baju dan menari-nari dalam keadaan bogel di tempat duduk sambil disaksikan oleh orang ramai.
wanita1
Selepas menerima aduan orang ramai mengenai perbuatan gila itu, polis kemudiannya menangkap McCartney namun dia melawan dengan menendang, menumbuk dan menggigit anggota polis.
Dia akhirnya menerima padah apabila ditahan di lokap semalaman dan didenda sebanyak $300 kerana berkelaluan tidak senonoh.
Perbuatan tersebut telah dirakamkan orang ramai dan kemudiannya tersebar di internet.
“Ia adalah satu pertaruhan. Saya katakan jika Hawthorn menang maka saya akan berbogel. Mereka menang lalu saya bogellah,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai perbuatan tersebut.
Selain menerima kecaman ramai, pegawai persatuan Melbourne Cricket Ground (MCG) nyata berang degan perbuatannya dan mereka kini melancarkan siasatan.
“Tindakan sewajarnya perlu diambil keatasnya. Ia merupakan perbuatan menjijikkan kerana perlawanan itu adalah untuk seluruh anggota keluarga,” kata jurucakap MCG, Shane Brown.


--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/17/2015 11:02:00 AM

[Trending Now] Suami Isteri Gaduh Pasal Seluar Dalam Sampai Naik Court


BULAWAYO – Seorang anggota tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya, anggota polis, menarik balik dakwaan dia didera secara fizikal.
Onwell Mtetwa, 36, dikejar oleh isterinya, Martha Mtetwa, 26, minggu lalu selepas dia pulang dengan menunjukkan seluar dalam seorang pelacur yang dilanggannya.
“Saya mengadakan seks dengan seorang pelacur,” kata Mtetwa sambil menunjukkan seluar dalam itu.
Martha yang terkejut dan berang mengejar suaminya dan melontar batu sehingga lelaki itu terpaksa keluar rumah menerusi tingkap dan bersembunyi di dalam kereta.
Wanita itu kemudian memecahkan cermin kereta berkenaan dan cuba menikam suaminya sambil berkata, perkelahian itu hanya akan berakhir jika seorang daripada mereka mati.
Di mahkamah semalam, Martha mengaku bersalah terhadap tuduhan mendera suaminya secara fizikal.
Hakim bagaimanapun membebaskannya selepas suaminya menarik balik tuduhan itu. – Agensi


--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/17/2015 11:01:00 AM

[Trending Now] 5 GAMBAR: Kalimah Allah Terpelihara Walau Besi Hangus



Sesetengah orang yang menyaksikan keadaan kedai yang musnah dalam satu kebakaran di Jeti Kuala Perlis semalam mungkin tak berasa apa-apa.
Tapi bagi yang melihat hikmah di sebalik satu bencana, maka bingkai berisi kalimah ALLAH yang tidak terjejas memberikan ilham bahawa kejadian ini pasti ada hikmahnya.
5
4
3
2
Dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi itu, dua buah kedai musnah menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian beribu ringgit.
Orang ramai yang meninjau keadaan kedai selepas kebakaran tertarik apabila melihat kalimah ALLAH dalam bingkai kayu tidak dijilat api sedangkan penutup besi pada kotak televisyen pun boleh hangus kerana haba yang tinggi.
kebakaran1
Subhanallah, kadang kala ALLAH SWT menunjukkan kekuasaanNya kepada mereka yang mahu berfikir.


--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/17/2015 11:00:00 AM

[Trending Now] Tak pernah sebelum ne..Dua Janin kembar dalam mulut..lihat gambar seterusnya..


COLOMBO – Doktor di Hospital Mahamodera di sini, berjaya menjalankan pembedahan membuang janin kembar dari mulut seorang bayi perempuan yang baru lahir kelmarin.
Menurut portal berita Hiru Gossip, bayi itu dilahirkan seorang wanita pada 26 Oktober lalu.
Sewaktu pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati sesuatu yang pelik pada muka bayi berkenaan dan mengesyaki ia ketumbuhan menyebabkan wanita itu perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Sebaik dilahirkan, doktor memberitahu mulut bayi terbuka luas dan mengalami sesak nafas serta tidak boleh menyusu.
Pembedahan selama 90 minit dijalankan tiga hari kemudian, bagi membuang ketumbuhan di mulut bayi itu.


--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/17/2015 10:31:00 AM

[Trending Now] Punca sebenar bas langgar belakang treler dengan teruk.



KEMAMAN – Polis tidak menolak kemungkinan faktor kecuaian dan kemanusiaan antara punca kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dengan treler muatan kayu di Kilometer 292.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan ujian darah dan saringan air kencing ke atas pemandu bas persiaran yang merempuh belakang treler muatan kayu tersebut.


Katanya ujian terhadap pemandu yang berusia 41 tahun itu akan dilaksanakan sebaik beliau selesai menjalani rawatan di Hospital Kemaman ketika ini.
“Setakat ini, keterangan daripada pemandu, beberapa pelajar dan guru sudah diambil untuk membantu siasatan,” katanya selepas melawat pemandu bas tersebut di hospital berkenaan malam tadi.


Awal pagi semalam, lima parah termasuk seorang pemandu bas selepas bas persiaran dua tingkat yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler yang sedang bergerak.
Dalam insiden kira-kira pukul 2.15 pagi itu, bas berkenaan yang membawa 54 pelajar dan tujuh guru pengiring dari Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram Kuala Selangor dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.
Susulan rempuhan kuat, tiga pelajar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Pemandu bas mengalami kecederaan pada bahagian perut dan kepala serta seorang lagi pelajar perempuan, masih dirawat di Hospital Kemaman.
Beliau berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek akan dilaksanakan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut.
Ini merupakan kes kedua kemalangan langgar belakang di laluan tersebut. Sebelum ini, sebuah lori yang sarat dengan muatan roti dan kek terbalik selepas merempuh belakang sebuah lori lain. – BERNAMA



--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/17/2015 10:07:00 AM

[Trending Now] Jutawan Arab bakal kahwin pondan selepas belanja RM300K

transgender
Tiffany-Rose Davies, 23, yang dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Niall, akan menjalani pembedahan tukar jantina tidak lama lagi dengan wang yang disediakan oleh Yaser, yang berasal dari Dubai.
Mereka merancang berkahwin tahun depan dan menetap di Dubai.
Tiffany dan Yaser mula menjalin hubungan terlarang itu sejak dua tahun lalu selepas bertemu melalui Facebook.
“Dia lelaki idaman saya dengan ciri-ciri kulit gelap, kacak dan baik hati.
“Sepanjang perkenalan kami, dia telah lapan kali menemui saya di sini dan membelanjakan ribuan ringgit terhadap saya dan mahu mengahwini saya tahun depan,” katanya.
Menurut Tiffany selain pembedahan tukar jantina, dia juga akan menjalani pembedahan implan payudara selain prosedur di bahagian hidung dan mulut.
Jelasnya, dia tidak pernah meminta Yaser membayar kos pembedahan itu namun Yaser melakukannya atas kerelaan sendiri kerana melihatnya sebagai seorang wanita.
“Dia memang menyayangi saya dan tidak mahu kehilangan saya. Kami tidak pernah melakukan seks kerana saya mahu malam pertama kami menjadi amat istimewa,” katanya yang merancang mengambil anak angkat selepas berkahwin.


--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/16/2015 04:55:00 PM

Random Post