[Trending Now] Dirogol 43,200 Kali Dalam Tempoh 4 Tahun


MEXICO CITY: Seorang wanita yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia mendedahkan kisah tragis yang menimpa dirinya selepas mendakwa diperkosa 43,200 kali dalam tempoh empat tahun.
Menerusi laporan CNN semalam, Karla Jacinto,23, berkata detik hitam itu bermula pada tahun 2004 ketika beliau berusia 12 tahun.
Menurutnya, beliau dipaksa tidur dengan sekurang-kurangnya 30 lelaki sehari, sebelum Karla diselamatkan pada 2008.
Menceritakan pengalaman pahit dalam hidupnya itu, Karla berkata ia bermula setelah beliau berkenalan dengan seorang lelaki berumur 22 tahun, sebelum ‘bercinta’ dengan lelaki tersebut.
Ekoran termakan dengan kata-kata manis dan hadiah, Karla mengambil keputusan mengikut lelaki tersebut untuk hidup bersama.
"Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Beliau melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah," kata Karla.
Bagaimanapun, kehidupan indah itu tidak bertahan lama apabila Karla diperkenalkan kepada ‘bapa ayam’ sebelum teman lelakinya menghilangkan diri.
Jelas Karla, beliau dipaksa melacur di Guadalajara iaitu salah sebuah bandar terbesar di Mexico dan ketika berusia 15 tahun beliau melahirkan seorang bayi perempuan.
Namun, bayi itu diambil oleh bapa ayam sebagai cagaran sekiranya Karla melarikan diri.
Pada 2008 ketika berusia 16 tahun, Karla cukup bernasib baik apabila beliau diselamatkan semasa operasi anti-pemerdagangan manusia.
Karla kini menjadi aktivis dan berusaha menimbulkan kesedaran mengenai penghambaan seks.
"Kanak-kanak yang masih kecil diculik, diumpan dan dirampas dari keluarga mereka.
"Jangan dengar cakap saya sahaja. Anda perlu tahu apa yang terjadi pada saya dan mula membuka mata," tegas Karla.


--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/13/2015 04:06:00 PM

0 comments:

Post a Comment

Random Post