[Trending Now] Pemanduan Pertama Trak JDT Untuk Tujuan Amal


Penyerahan trak jenama Mack yang paling mahal di dunia kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam bukan sahaja menjadikan impian baginda satu kenyataan, malah sekaligus meletakkan nama Johor pada tahap tersendiri di persada dunia.
Trak Super-Liner yang mengambil masa selama setahun untuk dibina itu diserahkan kepada Sultan Johor dalam satu majlis di ibu pejabat pengilang, Wacol barat daya, Brisbane, Melbourne dan mendapat liputan meluas media antarabangsa.
Memetik laporan portal ABC News, trak yang ditempah khas itu mempunyai beberapa ciri-ciri istimewa dan tambahan disekelilingnya, antaranya enam kamera litar tertutup (CCTV), dua set televisyen skrin rata, ruang dapur batu-topped, kemudahan barbeku, katil berkembar dan kerusi dengan 72,000 jahitan benang emas.
Uniknya, bahagian depan trak berkenaan terdapat lambang harimau mengaum yang diperbuat daripada emas.
"Inilah impian beta. Nampak saya tersenyum," katanya, semalam.
Tambahnya, baginda begitu gembira dan sangat teruja untuk menunjukkan trak tersebut kepada rakyat Johor.
"Saya sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan di Australia dan telah mengumpul beberapa kereta Holden selama ini.
"Saya tidak sabar untuk menunjukkan mutu kerja kepada rakyat Johor sebaik sahaja Super-Liner dihantar ke Johor," katanya.
Lebih menarik, Sultan Ibrahim seperti dilapor mengatakan pemanduan pertama trak tersebut akan dilakukan untuk tujuan amal sebaik sahaja tiba di Malaysia hujung bulan ini.
Difahamkan, Sultan Ibrahim menempah trak itu untuk membawa bot berkuasa tinggi mengelilingi negara.
Bagaimanapun, harga sebenar trak itu dirahsiakan tetapi difahamkan ia mungkin melebihi rekod harga terdahulu yang bernilai lebih kurang A$481,000 (RM1.5 juta).
 Foto:ABC NewsFoto:ABC News
Foto:ABC NewsFoto:ABC News
Foto:ABC NewsFoto:ABC News
Foto:ABC NewsFoto:ABC News
Foto:ABC News



--
Posted By Blogger to Trending Now at 10/16/2015 11:54:00 AM

0 comments:

Post a Comment

Random Post