[Trending Now] Padah Tunjuk Isyarat Lucah, 'Mat Salleh' Mengamuk


KUALA LUMPUR: Satu rakaman menunjukkan pertengkaran membabitkan seorang warga asing dengan pemandu tersebar di laman sosial Facebook, hari ini yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Seremban, semalam.
Berdasarkan video yang dimuat naik di Friends of BN - Barisan Nasional kira-kira 5 jam lalu, warga asing tersebut kelihatan ‘naik angin’ ekoran tindakan seorang wanita dalam kereta terbabit yang didakwa menunjukkan isyarat lucah padanya.
Menerusi rakaman video terbabit yang dirakam wanita terbabit, warga asing itu turut menyatakan dia telah memberi isyarat untuk menukar lorong.
Bagaimanapun, ia tidak diendahkan oleh lelaki terbabit sehingga menyebabkan mereka hampir bergesel.
Malah, menambahkan lagi kemarahan warga asing itu apabila penumpang wanita itu dikatakan terlebih dahulu menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari.
Akibatnya, berlaku pertengkaran antara pemandu kereta tersebut sebelum warga asing itu bertindak memecahkan cermin kereta lelaki itu.
“Saya menunggang motosikal dan awak begitu hampir melanggar saya, saya beri laluan guna isyarat lampu tapi awak balas dengan isyarat lucah?
“Perkara ini tidak akan berlaku jika dia (wanita terbabit) tidak menunjukkan isyarat lucah kepada saya,” kata warga asing itu dalam nada tinggi.
Sehingga kini video tersebut ditonton lebih 114,000 pengguna Facebook.

 


--
Posted By Blogger to Trending Now at 10/26/2015 04:14:00 PM

0 comments:

Post a Comment

Random Post