[Trending Now] Lelaki Masih Berisiko Hidap Kanser Payudara


Kanser payudara berlaku kira-kira 100 kali lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding lelaki akibat kurang pendedahan yang menyebabkan mereka lambat di diagnos akhirnya mengurangkan peluang untuk hidup.
Penyakit yang selalunya dikaitkan dengan wanita membuatkan para lelaki berasa malu.
Menurut laporan The Huffington Post, satu kajian diterbitkan di Jurnal Kejururawatan Amerika pada tahun 2010 mencatatkan 80 peratus peserta tidak tahu yang lelaki juga boleh mendapat kanser payudara.
Risiko untuk seorang lelaki mendapat kanser ini adalah 1 dalam 1,000 menurut Persatuan Kanser Amerika tetapi risiko dan simptom adalah sama untuk lelaki dan wanita.
Umur, sejarah keluarga yang mempunyai kanser payudara, warisan Ashkenazi Jewish, mutasi dalam gen BRCA dan faktor gaya hidup seperti kuat minum minuman alkohol meningkatkan risiko lelaki untuk mendapat kanser payudara.
Rawatan juga sama seperti wanita iaitu menerusi kemoterapi dan mastektomi.
Yang berbeza adalah cara diagnosis dan pemeriksaan. Marleen Meyers, seorang pembantu professor onkologi perubatan dengan Pusat Perubatan Langone Universiti New York memberitahu U.S. News and World Report pada tahun lepas, lelaki tidak menjalani rutin pemeriksaan kanser payudara.
"Mereka hanya mendapatkan rawatan apabila mereka merasa satu benjolan, manakala wanita pula mempunyai rutin pemeriksaan dan dikenalpasti awal," kata Meyers.
"Lelaki pula, tumor itu pada kebiasaanya bersaiz 1 sentimeter dan telah pun merebak."
Menurut Persatuan Kanser Amerika, akibat kanser payudara jarang berlaku pada lelaki, pakar tidak nampak kebaikan dalam penyaringan besar-besaran seperti mammogram.
Namun, lelaki yang berisiko besar untuk mendapat kanser payudara patut berjumpa doktor untuk membincangkan cara untuk menangani risiko kanser tersebut.


--
Posted By Blogger to Trending Now at 10/15/2015 03:32:00 PM

0 comments:

Post a Comment

Random Post