[Trending Now] Kadar Tol Di AKLEH, GCE, LKSA Naik Mulai Khamis Ini
KUALA LUMPUR: Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), hari ini mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) yang akan dikuatkuasakan mulai 15 Oktober, Khamis ini.
Berikutan itu, kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di AKLEH kini menjadi RM2.50, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM7.00, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50.
Sementara bagi GCE, kadar seragam di tiga plaza tolnya iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong menjadi RM1.90 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas, RM3.80 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) dan RM5.70 bagi kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50.
Di LKSA pula kadar tol baharu bagi Plaza Tol Seri Muda untuk kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas menjadi RM1.70, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM3.40, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM5.10.
Bagi Plaza Tol Alam Impian pula, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas naik kepada RM0.90, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM1.80, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM2.70.
- Berita Harian
--
Posted By Blogger to Trending Now at 10/12/2015 03:38:00 PM
0 comments:
Post a Comment