[Trending Now] Harga minyak bagi bulan November masih kekal buat masa ini


Harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi November 2015 masing-masing kekal seperti bulan Oktober.

Ini bermakna harga pada November bagi RON 95 adalah RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90).

Seorang pengusaha stesen minyak memberitahu The Malaysian Insider selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan harga baharu bahan bakar utama itu akan diumumkan kepada Persatuan Pengguna Stesen Minyak Malaysia (PDAM) sahaja bulan ini.


Sebelum ini, satu pengumuman rasmi harga bahan bakar utama untuk bulan seterusnya daripada KPDNKK akan dibuat pada tengah malam setiap hujung bulan berdasarkan kaedah Pengapungan Terkawal bermula 1 Disember 2014.
Harga pada November bagaimanapun merupakan peningkatan 10 sen daripada harga pasaran pada September.

Pengekalan harga bahan bakar utama bagi November ini juga berlaku sewaktu pengguna menerima tempias akibat kenaikan serentak kadar tol sebahagian besar lebuh raya di seluruh negara bermula pertengahan Oktober ini.

Kesan rantaian peningkatan kadar tol itu dirasai pengguna menerusi kenaikan sebahagian barangan keperluan harian selepas sebelum ini, gelombang pertama dirasai menerusi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu. – 31 Oktober, 2015.


--
Posted By Blogger to Trending Now at 11/01/2015 02:04:00 PM

0 comments:

Post a Comment

Random Post