[Trending Now] Foto Pelancong Berbogel Di Pantai Sabah Tersebar
Selepas insiden sekumpulan pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengundang kecaman di laman sosial Facebook Jun lalu, terbaru beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan lelaki didakwa melakukan perkara sama pula menjadi viral.
Berdasarkan gambar yang dikongsi menerusi aplikasi Wechat, kejadian tersebut didakwa berlaku di Pulau Sibuan dekat Semporna, Sabah.
Menerusi gambar terbabit, beberapa orang lelaki dipercayai pelancong asing dengan ‘bangga’ berbogel di kawasan pantai, selain kelihatan kelibat beberapa orang wanita dalam keadaan separuh bogel.
Bagaimanapun, sehingga kini kesahihan gambar tersebut masih belum dapat dipastikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Peter Anak Umbuas menyatakan pihaknya telah menerima maklumat berhubung penyebaran gambar berkenaan dan masih menyiasat sama ada foto itu dirakam di Semporna atau sebaliknya.
Jelasnya, pihak polis akan bekerjasama dengan pihak Taman-Taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelacongan mengesan identiti semua yang terbabit.
"Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya dipetik portal Berita Harian.
--
Posted By Blogger to Trending Now at 10/22/2015 10:21:00 AM
0 comments:
Post a Comment