[Trending Now] Anis Tak Kongsi Gambar Bercinta Demi Jaga Maruah Keluarga


Pelakon dan model, Anis Al Idrus, 27, menganggap ketiadaan foto mesranya bersama bekas kekasih iaitu Sharnaaz Ahmad di Instagram mereka sebelum ini adalah kerana enggan hubungan terlalu didedahkan kepada umum.
Memetik laporan mStar online, pemilik nama sebenar, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus ini berkata, ia juga untuk menjaga maruah keluarga masing-masing kerana hubungan berkenaan pada ketika itu masih belum pasti.
"Pada saya hubungan yang belum pasti tidak perlulah ditunjuk-tunjuk kepada umum, itu juga membawa kepada maruah keluarga kita.
"Nasib baik juga saya tidak terlalu banyak gambar di laman sosial, kalau tidak… malu juga keluarga saya", katanya yang juga kini sudah mula terjun ke nyanyian dan bakal muncul menerusi single pertama berjudul Mengapa.
Jikalau hubungan cinta lalunya bersama Sharnaaz kurang menonjol di media sosial namun berbeza pula dengan hubungan Sharnaaz dengan kekasih baharunya iaitu kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila menjadi sebaliknya apabila banyak gambar-gambar mereka dikongsi bersama peminat.
Bagaimanapun Anis berkata, perkara itu adalah hak masing-masing.



--
Posted By Blogger to Trending Now at 10/17/2015 01:54:00 PM

0 comments:

Post a Comment

Random Post